Authors
Shuhaila Ab Jawas, Hafizhah Zulkifli
Publication date
2022/1/27
Journal
QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research
Volume
2
Issue
1
Pages
20-28
Description
Pengajaran kreatif merupakan suatu amalan pengajaran berunsurkan penerapan nilai kreativiti sesuai dengan perubahan pendidikan abad ke-21 yang meletakkan kreativiti sebagai salah satu elemen penting dalam pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc). Murid berkeperluan khas iaitu murid-murid yang berbeza kemampuan dan keupayaan turut tidak terkecuali untuk mendapatkan pendidikan sebagaimana murid di arus perdana. Oleh itu, perbezaan kemampuan yang dimiliki memerlukan usaha gigih para pendidik menerapkan elemen kreativiti bagi menghasilkan Pdpc yang berkesan. Amalan pengajaran kreatif guru Pendidikan Islam merupakan topik utama perbincangan bagi kertas konsep ini. Ia bertujuan untuk menghuraikan elemen kreatif dalam PdPc, amalan pengajaran kreatif dan isu guru pendidikan Islam dalam penerapan elemen kreatif. Kajian literatur yang berfokuskan kepada kajian-kajian dan …
Total citations
202220232024161