Authors
Nurfazliah Muhamad, Jamalludin Harun, Shaharuddin Md Salleh, Megat Aman Zahiri Megat Zakaria
Publication date
2015
Description
Pembangunan elemen kreatif dan inovatif dalam melahirkan modal insan adalah aspek utama yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke-9. Penyelesaian masalah adalah pendekatan yang sering digunakan dalam pembelajaran matematik dan kreativiti merupakan tunjang utama kepada penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah kreatif biasanya dikaitkan dengan penyelesaian masalah bukan rutin. Namun begitu, pelajar menyatakan bahawa penyelesaian masalah bukan rutin adalah sesuatu yang rumit. Kajian lepas telah menunjukkan bahawa Game-Based Learning (GBL) adalah satu kaedah pengajaran yang efektif dalam meningkatkan motivasi pelajar bagi meningkatkan kreativiti dalam proses penyelesaian masalah. Artikel ini akan membincangkan bagaimana GBL dapat membantu dalam meningkatkan kreativiti pelajar dalam penyelesaian masalah matematik.
Total citations
20192020202120222023202424342